Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan PKPMI-CJ sesi 09/10 atas kehadiran ahli yang sangat memberangsangkan, lebih 200 orang pelajar. Mesyuarat berjalan dengan baik cuma ada beberapa cadangan & teguran yang ingin disampaikan. Pertama berkenaan claim KITAS. Kami sekadar dimaklumkan setiap pelajar perlu membawa salinan pasport & KITAS untuk urusan claim tanpa diberitahu perkara tersebut hanya melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai resit. Mohon perhatian AJK yang bertanggungjawab.
Yang kedua sesi pembentangan laporan sangat membosankan. Silalah belajar dengan AJK yang lepas. Ramai tidak dapat mendengar suara pembentang kerana kurang jelas. Seterusnya berkenaan sesi soal jawab. Sesi ini perlu dijalankan dengan profesional tanpa melibatkan emosi. Tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak. Kelemahan untuk diperbaiki. Saya mendapat maklum balas dari salah seorang AJK PKPMI-CJ yang lepas berkenaan soalan yang diajukan & jawapan yang diberikan. Soalan biarlah ringkas & jelas. Jawapan pula cukuplah sekadar menjawab soalan yang diajukan. Tidak perlu penerangan panjang lebar. Ini untuk menjimatkan masa yang terhad.
Yang terakhir saya kagum dengan kemampuan pelajar 2008 menguruskan PKPMI-CJ walaupun anda masih baru di Jakarta. Teruskan komitmen anda dalam PKPMI. Usah dilayan kritikan-kritikan yang tidak membina. Semoga segala pengorbanan anda dibalas oleh Allah SWT. sekian.
Salam,
Terima kasih atas masukan dan komen. Kami mengharapkan masukan begini agar mudah kami baiki diri.
Berkenaan klaim kitas tu, bagi yang buat kitas secara berkumpulan, maknanya satu angkatan, resit akan dapat pada kami dalam bentuk senarai panjang semua pelajar. Tapi bagi yang buat sedikit, dan tak melalui kami, agak sukar untuk kami jelaskan. Kami akan cuba perbaiki.
Mengenai sesi soal jawab, memang dalam manusia sifatnya mempunyai emosi. Cuma cara menzahirkan emosi tu yang kadang kala ada kesilapan hingga timbul persepsi negatif. Jadi kami minta maaf bagi barisan Mt ataupun ahli yang terlebih ke’emosi’annya.
Terima kasih lagi sekali.
Insya Allah kami ambil sebagai pengajaran.
By: Farid Ramli on October 19, 2009
at 6:11 pm