Posted by: hijratulfikr | October 18, 2009

seputar meeting PKPMI-CJ

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan PKPMI-CJ sesi 09/10 atas kehadiran ahli yang sangat memberangsangkan, lebih 200 orang pelajar. Mesyuarat berjalan dengan baik cuma ada beberapa cadangan & teguran yang ingin disampaikan. Pertama berkenaan claim KITAS. Kami sekadar dimaklumkan setiap pelajar perlu membawa salinan pasport & KITAS untuk urusan claim tanpa diberitahu perkara tersebut hanya melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai resit. Mohon perhatian AJK yang bertanggungjawab.

Yang kedua sesi pembentangan laporan sangat membosankan. Silalah belajar dengan AJK yang lepas. Ramai tidak dapat mendengar suara pembentang kerana kurang jelas. Seterusnya berkenaan sesi soal jawab. Sesi ini perlu dijalankan dengan profesional tanpa melibatkan emosi. Tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak. Kelemahan untuk diperbaiki. Saya mendapat maklum balas dari salah seorang AJK PKPMI-CJ yang lepas berkenaan soalan yang diajukan & jawapan yang diberikan. Soalan biarlah ringkas & jelas. Jawapan pula cukuplah sekadar menjawab soalan yang diajukan. Tidak perlu penerangan panjang lebar. Ini untuk menjimatkan masa yang terhad.

Yang terakhir saya kagum dengan kemampuan pelajar 2008 menguruskan PKPMI-CJ walaupun anda masih baru di Jakarta. Teruskan komitmen anda dalam PKPMI. Usah dilayan kritikan-kritikan yang tidak membina. Semoga segala pengorbanan anda dibalas oleh Allah SWT. sekian.

Posted by: hijratulfikr | August 25, 2009

Betulkan yang lazim,lazimkan yang betul

Assalamualaikum,

Segala puji ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu di blog ini. Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti baginda sehingga hari Kiamat.

Hari ini genap 4 hari umat Islam terutama di Malaysia & Indonesia berpuasa. Ramai yang telah biasa dengan ibadat yang dilakukan di bulan Ramadhan seperti solat tarawih & tadarus Al-Quran. Persoalannya sejauh mana apa yang telah kita lazimi ini bertepatan dengan apa yang diajar oleh Nabi SAW(baca:sunnah). Yang pertama berkaitan dengan sahur. Ramai yang sering bersahur sebelum tidur supaya tidak perlu bangun untuk bersahur sedangkan hadis Nabi SAW ada menyebutkan:

Anas radhiallahu ‘anhu meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit radhiallahu ‘anhu: “Kami makan sahur bersama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam, kemudian beliau shalat, aku tanyakan (kata Anas): “Berapa lama jarak antara adzan dan sahur? Beliau menjawab: “Kira-kira 50 ayat membaca Al-Qur’an.”  (HR. Bukhori (4/118), Muslim (1097)).

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita fahami bahawa Nabi SAW melewatkan sahur kira-kira membaca 50 ayat Al-Quran sebelum masuk waktu Subuh sedangkan ramai antara kita lebih selesa bersahur sebelum tidur atau seawal jam 2-3 pagi. Saya tidak mengatakan perbuatan tersebut salah tetapi bukankah kita semua mengakui Nabi SAW merupakan contoh teladan terbaik. Cukupkah sekadar mengakui pada lisan tetapi tidak pada perbuatan?

Yang kedua pula berkaitan berbuka puasa. Biasanya kita berbuka puasa dengan juadah yang beraneka jenis sehingga memenuhi setiap ruang yang ada di meja makan. Berbuka puasa sepuas-puasnya seolah-olah membayar hutang sarapan pagi & makan tengah hari. Wajarkah kita sebagai seorang Muslim bersikap begitu? Hadis Nabi SAW yang berbunyi:

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu, (ia berkata):

“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan kurma basah (ruthtab), jika tidak ada ruthtab maka berbuka dengan kurma kering (tamar), jika tidak ada tamar maka minum dengan satu tegukan air.”   (HR. Ahmad (3/163), Abu Dawud (2/306), Ibnu Khuzaimah (3/277. 278), Tirmidzi (3/70) dengan dua jalan dari Anas, sanadnya shahih).

Nabi Muhammad SAW menyuruh umat baginda berbuka dengan kurma atau air kemudian solat Maghrib. Setelah itu barulah kita menjamah makanan yang dibeli di bazar Ramadhan. Inilah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW(baca:sunnah) kepada kita. Yang terakhir berkaitan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dalam hal ibadat, untuk membatalkan sesuatu ibadat itu memerlukan dalil yang shahih sama ada dari Al-Quran mahupun Hadis.

Antara yang menarik perhatian saya berkaitan mengorek telinga @ hidung membatalkan puasa sedangkan ada hadis Nabi SAW yang menyuruh berkumur & istinsyaq(memasukkan air ke dalam hidung) ketika berwudhu’ walaupun sedang berpuasa. Hadis tersebut berbunyi:

“…..bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq kecuali dalam keadaan puasa.”  (HR. Tirmidzi (3/146), Abu Daud (2/308), Ahmad (4/32), Ibnu Abi Syaibah (3/101), Ibnu majah (407), An-Nasa’I (no. 87) dari Laqith bin Shabrah sanadnya SHAHIH)

Sekiranya memasukkan sesuatu ke rongga hidung @ telinga membatalkan puasa, pasti Nabi SAW tidak menganjurkan umat baginda beristinsyaq. Di sini saya senaraikan perkara-perkara yang membatalkan puasa beserta dalilnya.

1)Makan & Minum Dengan Sengaja

Allah Subhanahu wata’ala berfirman:
“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datangnya) malam.” (Al Baqarah : 187)

Dari ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT membenarkan kita makan & minum sehingga terbit fajar dan berpuasa sehingga terbenam matahari. Sekiranya tidak sengaja makan @ minum tidaklah membatalkan puasa sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Jika lupa hingga makan dan minum, hendaklah menyempurnakan puasanya, karena sesung- guhnya Allah yang memberinya makan dan minum.”   (HR. Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))

2) Muntah Dengan Sengaja

Sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya meng- qadha puasanya.”   (HR. Abu Dawud (3/310), Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536))

Banyak lagi perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa dianggap membatalkan puasa. Tanyalah kepada mereka yang mengatakan puasa anda batal tentang dalil yang mengatakan perkara tersebut membatalkan puasa. Di sini saya sertakan bacaan doa berbuka puasa yang diajar oleh Nabi SAW(klik di sini). Semoga puasa kita kali ini lebih dekat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. wallahua’lam.


Posted by: hijratulfikr | July 6, 2009

Sekadar Renungan Kita Se-Agama :)

Dipetik dari hasil karya seorang teman buat para wanita Muslim

Ini adalah sebuah koleksi peristiwa…
Yang tercerita adalah yang benar-benar sahaja…
Tiada nilai tokok tambah dan sebagainya…
Sekadar renungan kita se-agama…

Ibu dan ayah kami tidak punya bekalan sempurna…
Ibu sendiri tiada bertutup kepala diusia muda…
Tapi syukur mereka mahu kami kenal Pencipta…
Ke sekolah mengaji- wajib kami semua…

Tapi dalam soal tudung menutup kepala…
Ibu ayah tiada lah mereka berkira…
Pilih lah mengikut cita-rasa…
Bertudung atau tidak bukan itu soalnya…

Aku mengenakan tudung mula nya saja-saja…
Ketika itu belum ku kenal apa dosa apa pahala…
Kakak lah sebenarnya membuat hati ku terbuka…
Bertudung juga ok apa…

Bila sudah dewasa tudung masih melekat di kepala…
Tiada terlintas untuk meninggalkannya…
Walau pun mungkin dalam keadaan terpaksa…
Ku tahu sudah apa maksudnya balasan api neraka…

Jika direnungkan kisah ku semula…
Engkau juga tahu siapa menjadi punca…
Bukan ibu atau ayah yang memaksa…
Tapi kakak- itu lah contoh misali nya…

Oleh itu, didikan tidak menjadi tujuan…
Yang betul nya, sendiri punya pilihan…
Mahu atau tidak pandai-pandai lah buat keputusan…
Untuk sekarang dan masa hadapan…

Bila mahu mengubah selera…
Fikir dulu baik-buruknya…
Ikut kan hati, mati lah jawabnya…
Ikut rasa, akhirnya pasti binasa…

Jika mencari diri sendiri menjadi alasan…
Bukan di tangan kita semua nya ditentukan…
Ingatlah segala kekuasaan dan kekayaan…
Bukan milik kita tetapi milik Tuhan…

Ketahuilah bahawa Yang Esa itu maha pengampun…

Source: Def ‘O Deel

Posted by: hijratulfikr | June 17, 2009

wajarkah subjek SPM dihadkan?

assalamualaikum……

Setinggi kesyukuran saya rafa’kan kepada Allah s.w.t kerana masih memberi saya kesempatan untuk berkongsi pandangan dalam blog ini. Pelbagai isu berlegar di dada-dada akhbar di Malaysia sejak belakangan ini. Sebagai pelajar yang sedang menuntut di salah sebuah universiti di Jakarta, saya juga turut mengikuti rentetan isu yang berlaku di negara Malaysia tercinta. Saya tertarik dengan isu yang melibatkan akademik seperti PPSMI dan yang terbaru berkaitan kerajaan menghadkan pelajar SPM mengambil hanya 10 subjek.

Persoalannya, wajarkah tindakan ini? Saya tidak berniat untuk mempertikai keputusan kerajaan tetapi saya percaya masih ada ruang untuk perbincangan. Mungkin alasan mereka supaya pemberian biasiswa lebih adil kerana saban tahun jumlah subjek yang diambil pelajar semakin bartambah. Kenapa dihadkan kepada 10 subjek? Ramai pasti sedia maklum tentang jumlah subjek yang diambil oleh pelajar SMKA dan yang sewaktu dengannya jauh lebih banyak berbanding pelajar SMK. 4 subjek teras yang wajib diambil ialah Bahasa Melayu, Matematik Moden, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Untuk pelajar aliran Sains Agama, subjek tambahan yang diambil merangkumi Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi. Jumlah subjek yang diambil adalah 11.

Jika diteliti, pelajar SMKA harus membuang 1 subjek tambahan yang pada pandangan saya amat penting. Kalaulah yang dibuang itu subjek agama, ini pasti merugikan pelajar tersebut. Kalau subjek Sains, rasanya hanya Biologi yang boleh dibuang tetapi pelajar yang merancang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan memerlukan subjek Biologi sebagai salah satu syarat untuk layak memohon. Fikir-fikirkan!

Saya juga berharap rakan-rakan yang membaca post ini dapat memberi komen serta pandangan anda berkaitan isu ini. Saya amat mengalu-alukan pelajar-pelajar yang berada jauh di perantauan untuk sama-sama menyumbang idea untuk Malaysia yang lebih baik. Sekian.

Posted by: hijratulfikr | March 28, 2009

PPSMI:Bermanfaat Atau Merugikan?

Lebih 2 bulan blog ini sepi tanpa sebarang post. Mungkin kerana diri ini sibuk dengan pelajaran terutama bermulanya semester baru. Hampir sebulan pulang ke tanah air tercinta. Pelbagai isu berlegar di kaca-kaca televisyen dan menjadi perdebatan di kalangan pemimpin negara. Antara isu yang menarik perhatian saya adalah berkenaan PPSMI(Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris. Gerakan Mansuhkan PPSMI yang diketuai oleh Datuk Dr Hassan Ahmad ditubuhkan dalam usaha memansuhkan PPSMI.

Apa yang saya ingin bincangkan di sini ialah sejauh mana PPSMI ini memberi manfaat mahupun kerugian kepada para pelajar. Dari segi manfaat yang diperoleh oleh para pelajar antaranya seperti istilah yang digunakan lebih mudah kerana kebanyakan istilah Sains & Matematik berasal dari Bahasa Inggeris. Selain itu, PPSMI dapat membantu pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris terutama dari segi penguasaan perkataan. Saya akui masih banyak cara untuk membantu para pelajar menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak dapat dinafikan juga bahawa masih banyak cara untuk memperjuangkan bahasa Melayu selain dari memansuhkan PPSMI.

Oleh sebab itu, saya mengajak rakan-rakan sama ada golongan pelajar atau sesiapa sahaja untuk sama-sama berkongsi pandangan anda di ruangan komentar. Saya berharap perbincangan ini akan dapat membantu kita memahami isu yang sudah sekian lama diperdebatkan. Selamat berbincang!

Posted by: hijratulfikr | January 25, 2009

Seputar Talkshow Palestin

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t atas keizinanNya sehingga Talkshow Palestin akhirnya berjaya diadakan. Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang terus memperjuangkan Sunnah baginda hingga Hari Kiamat. Saya sekadar ingin memberikan ulasan berkaitan Talkshow Palestin yang baru sahaja berlangsung semalam.

Secara keseluruhan, saya rasa program ini telah berjaya menimbulkan kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya kita mengambil tahu tentang isu Palestin ini. Yang kedua, isu Palestin yang mungkin dianggap oleh sesetengah orang sebagai isu umat Islam telah berjaya ditangkis dengan penjelasan yang memuaskan. Walaupun hanya seorang sahaja ahli panel yang dapat hadir iaitu Ustaz Ferry Nur dari KISPA, tetapi talkshow berlangsung dengan baik. Beliau berjaya menjelaskan secara rinci tentang isu Palestin dan muslihat Israel yang sengaja mereka-reka alasan untuk menghancurkan Gaza.

Antara yang menarik dalam talkshow tersebut adalah persamaan antara Nazi dengan Israel hari ini. Terdapat begitu banyak persamaan antara mereka sehingga Israel boleh diberi gelaran ‘Nazi Zaman Moden’. Dari segi bantuan pula, menurut Ustaz Ferry Nur, warga Palestin tidak memerlukan bentuan ketenteraan sebaliknya mereka memerlukan bantuan makanan dan perubatan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyumbang sedikit dari apa yang kita ada buat warga Palestin. Percayalah suatu hari nanti mereka pasti akan membantu kita di kala kita berada dalam kesusahan.

Yang terakhir, saya agak terkilan dengan kehadiran para pelajar. Auditorium yang mampu memuatkan lebih 300 orang pelajar hanya terisi separuh sahaja dan sebahagian besarnya adalah wanita. Di manakah lelaki-lelaki yang akan menjadi ketua keluarga kelak? Adakah dengan sikap tidak peduli anda mampu membimbing isteri dan anak-anak anda? Fikir-fikirkanlah. Saya memohon maaf kalau ada yang terasa hati tetapi saya amat kecewa dengan ketidakprihatinan mereka yang tidak hadir. Wallahu’alam.

Posted by: hijratulfikr | January 23, 2009

Talkshow Palestin

talkshow-palestin

Setelah sekian lama menanti,akhirnya ‘ Talkshow Palestin’ berjaya dilaksanakan. Berikut saya sertakan butiran mengenai acara ini:

Tarikh : Sabtu,24 Januari 2009

Tempat : Auditorium Fakultas Kedokteran Universitas Trisakti(Lantai 2)

Tentatif Program

4.30 petang- Pameran & Booth Amal

6.20 petang- Para hadirin mengambil tempat (Majlis bermula selepas solat Maghrib)

6.35 petang- Majlis bermula

8.30 malam- Penyampaian cenderahati & penyerahan sumbangan kepada KISPA & Bulan Sabit Merah Indonesia

untuk diserahkan kepada rakyat Palestin

8.50 malam- Jamuan ringan & bersurai

Panel Jemputan

1.Yth Ferry Nur(Sekretaris Jeneral KISPA)

2.Yth Dr. Basuki Supartono(Spesialis Ortopedik merangkap Ketua Umum Bulan Sabit Merah Indonesia yang baru

pulang dari Rafah)

Datanglah beramai2 untuk menunjukkan keprihatinan anda kepada warga Palestin.


Posted by: hijratulfikr | January 15, 2009

kenali produk Israel….

Baru2 ini, saya mendapat ‘message2’ Yahoo Messenger berhubung cara mengidentifikasi produk2 yang perlu diboikot oleh kita semua. Pesanan tersebut adalah seperti berikut:

A very good tip for identifying the products to boycott.
Every bar Coded product in the market contains its country code
included in barcode digits. Please check the barcode of any product
before you buy.

Check the first 3 digits from the LEFT.

Example, an Israeli product will have barcode like:             729 3453459070

The following list is given according the priority as

the worst at top and then second worst
is next.

729 – Israel
570 – 579 Denmark (i.e. 570, 571… 579)
870 – 879 Netherlands (i.e. 870,871… 879)
300 – 379 France
700 – 709 Norway
400 – 440 German

Please copy this text and forward this text to as many Muslims
as possible Via Email via SMS Via Scrap…..I

ask all of u, Muslims…Cant u spare one minute in order to spread

Saya belum sempat mengenal pasti apakah produk2 yang mengandungi kode2 seperti yang di atas. Pada pendapat saya, sebaiknya diperiksa dahulu produk2 yang terlibat atau anda boleh lihat di entry sebelum ini(klik di sini). Tunjukkan rasa simpati anda dengan cuba sedaya upaya memboikot produk2 tersebut. Mungkin ada beberapa produk yang menjadi keperluan kita. Cubalah mencari alternatif kepada produk2 tersebut. Masalah yang saya lihat di sini adalah kita terlalu bergantung kepada produk2 mereka tanpa ada inisiatif untuk menghasilkan produk keluaran tempatan. Saya percaya ramai di luar sana berkemampuan menghasilkan produk setanding keluaran mereka. Ayuh gunakan segala kelebihan anda untuk membantu mengukuhkan ekonomi umat Islam. Kuasa beli terletak di tangan kita. Percayalah dengan keterlibatan semua pasti kita akan mampu meruntuhkan ekonomi Israel dan sekutu2nya. Amin.

Posted by: hijratulfikr | January 12, 2009

serangan fasa ke-3 Israel

Hari ini masuk hari ke-16 serangan ke atas Gaza. Korban setakat ini berjumlah 906 yang terdiri dari 277 kanak2, 93 wanita, 92 orang tua, 12 pekerja medik dan sejumlah wartawan dan sukarelawan asing. Mereka yang cedera parah pula telah mencecah angka 4100 orang. Sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan? Adakah kita hanya mengharap kepada Hamas untuk mempertahankan Palestin?

Terbaru, Israel merancang serangan fasa ke-3 selepas serangan udara dan darat mereka gagal menghancurkan Hamas. Yang menjadi korban adalah penduduk awam Palestin. Gara2 untuk mendapatkan sokongan untuk pilihan raya negara haram Israel, mereka sanggup mengorban beratus2 nyawa penduduk Palestin. Layakkah mereka ini digelar manusia? Penggunaan fosforus putih yang telah diharamkan oleh dunia membuktikan betapa kejamnya rejim Zionis ini.

Apa yang membuat saya terpegun adalah dengan keberanian dan kesungguhan Hamas untuk melawan Israel. Serangan roket Hamas saban hari di lokasi2 strategik Israel telah berjaya memusnahkan pangkalan darat dan udara Israel. Pihak Israel tentunya tidak menduga perkara seperti ini. Itulah kehebatan pejuang2 Islam yang berjuang untuk mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Doakan semoga mereka diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk terus mempertahankan hak mereka yang telah dicabul oleh rejim Zionis.

israel

rejim Zionis merancang serangan fasa ke-3

sanggupkah kita melihat anak2 kecil ini terus terkorban?

sanggupkah kita melihat anak2 kecil ini terus terkorban?

Posted by: hijratulfikr | January 10, 2009

bukan sekadar kasihan…

Serangan Israel ke atas Palestin telah masuk minggu yang kedua. Korban serangan telah mencecah lebih dari 773 orang sementara 3250 lainnya cedera parah. Israel seakan2 tidak akan berhenti sehingga mereka dapat menghapuskan Hamas dari bumi Palestin. Mereka mahu seluruh dunia mengikut telunjuk mereka. Pastinya TIDAK! Rakyat Palestin hanya akan hidup dengan cara mereka dan tidak akan sama sekali tunduk kepada Israel.

Bagaimana pula dengan kita? Cukupkah kita sekadar merasa kasihan melihat penderitaan rakyat Palestin atau kita cuba melakukan sesuatu yang dapat menyumbang kepada mereka? Ini bukan sekadar isu umat Islam. Ini isu KEMANUSIAAN. Hanya manusia yang tidak berperikemanusiaan sanggup melakukan perkara seperti itu. Berbalik kepada persoalan saya tadi. Banyak cara dapat kita lakukan selain merasa kasihan melihat kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Marilah kita sama2 memboikot barangan keluaran mereka @ yang berkaitan dengan mereka. Tunjukkan rasa simpati anda. Di sini saya sertakan senarai barangan yang perlu diboikot(sila klik di sini). Kepada yang telah membeli barangan tersebut,tidak perlulah membuangnya. Cukuplah sekadar berhenti membelinya.

Saya tertarik juga dengan ‘message2′ yang sering di’forward’ di Yahoo Messenger. Kelihatan ramai yang merasa bertanggungjawab dengan isu Palestin ini. Namun janganlah sekadar ‘forward’ tanpa menilai isi kandungan ‘message’ tersebut. Di sini saya sertakan contoh ‘message’ yang sering kita ‘forward’,

“Pemimpin Hizbullah,Libanon.Syed Hasan Nasrallah meminta seluruh umat Muslim utk melafazkan surah Al-Fath ayat 26-27, surah yunus ayat 85,86,88 mlm ini..tlg sebarkan agar israel hancur..Fwd kpd seluruh umat Islam..Di sana saudara seagama telah dikepong menunggu masa utk disembelih..Keadaan amat dahsyat..sebarkan seramai yang mungkin.. “

Saya agak kebingungan dengan isi daripada pesanan ini. Membaca surah tertentu untuk menghancurkan Israel. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengajarkan perkara ini. Yang baginda contohkan hanyalah membaca Qunut Nazilah tanpa ada doa yang khusus. Oleh itu, saya berharap selepas ini tiada lagi ‘message2’ seperti ini berlegar di Yahoo Messenger teman2 semua. Semoga bumi Palestin akan dirahmati dan dilindungi Allah s.w.t. Amin.

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.